Allah maha mengetahui apa yang berlaku,semua perkara itu berhikmah |
CinTa MaNuSia BeRmUlA DaRi MaTa, TUmBuH dI hAtI, DaN BErAkHiR DENgAn AiRmAtA.. TeTaPi, SaHaBaT BeRmuLa DenGan SenYuMan TuMbUh DeNgAn KeSeFaHaMaN DaN iA BerAKhiR HaNyA dEngAn KemAtiAn.. SEJERNIH SALSABIL... SESEGAR AL-KAUTHAR... SEDAMAI FIRDAUSI... ITULAH UKHWAH LILLAHI ....
Cinta hakiki cinta yang dicari...
Monday, 16 May 2011
Takut Apabila Ditanya Perihal Agama
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya saya setiap kali ada yang ingin bertanya perihal agama,bukan takut kerana tidak dapat menjawab,tapi takut jika apa yang saya jawabkan itu tak betul dan saya mungkin akan dimurkai Allah.Sedangkan Imam Malik sendiri berpeluh-peluh sebelum menjawab setiap pertanyaan yang diajukan kepadanya,dia nampak seolah-olah neraka ada di hadapannya,dia berkata,seandainya jawapan aku salah,maka aku masuk neraka,sampai macam tu sekali.Itu tandanya iman yang sangat tinggi.Subhanallah...Inikan pula saya yang tidak tahu dan cetek langsung tentang ilmu agama,sudahlah hanya bersekolah biasa,dirasakan tak mampu menjawab setiap soalan yang di ajukan oleh sahabat-sahabat atau adik-adik,namun saya tetap mencari jawapan,adakalanya terjumpa dan adakalanya tidak,memang terkilan setiap kali tidak dapat menjawab setiap soalan yang di ajukan.Namun,saya akan terus mencari jawapan yang sebenar dan mungkin setiap yang ditanya memberi manfaat kepada saya,kerena automatik saya juga akan terus mencari jawapan setiap kali ditanya dan rupanya,Allah mahu menunjukkan jalan bagaimana caranya menuntut ilmu itu...Allah sangat berhikmah...Alhamdulillah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment