Terdapat dua perubahan berlaku,yang pertama penurunan berat badan saya di sebabkan saya selalu makan "ikut masa"...seringkali di marahi oleh bonda tercinta kerana makan ikut suka sahaja.huhu...tapi saya tidak membantah,malah apabila menyambung pelajaran,saya dapat merasakan yang berat badan saya mungkin akan semakin berkurangan kerana merindui masakan bonda...Itu hanya andaian sahaja,mungkin juga makanan di Kelantan mampu membuka selera saya di sebabkan kos di sana murah.Maklumlah...bukan menetap bersama ibu bapa lagi selepas ini,merantau dan merantau...menuntut ilmu...
Sila timbang berat badan anda,diharapkan berpada-pada sahaja,bukankah bersederhana itu Allah suka??? |
Perubahan yang kedua pula,alhamdulillah…semakin bertambah ilmu…insyaAllah apa yang saya pelajari akan saya amalkan,semoga bertambahnya ilmu saya maka bertambahlah iman saya,amin ya Rabb…
Kata kakak saya yang pernah menetap di Kelantan,"Duk kat sana insyaAllah ada barakahnya".Saya semakin tidak sabar mahu terbang ke sana.Bertuah kerana terpilih menjadi "bakal" penduduk di negeri Kelantan.Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment