Cinta hakiki cinta yang dicari...


Wednesday 3 August 2011

Bukan seperti yang diharapkankan

Firstime menjejakkan kaki ke kampus ni...seribu satu harapan saya bawa bersama iringan doa kedua-dua ibu bapa...insyaAllah...sebelum tu saya dah bayangkan keadaannya macam mana,(berhalaqah,berusrah)...namun sangkaan saya meleset...situasi di sini bukan seperti yang diharapkan...agak terkilan sedikit,namun saya perlu akur dengan ketentuan Illahi...Ada hikmah mengapa saya berada di sini..Oleh itu,saya tetap cuba berfikiran positif,lihat...bukan semua perkara kita boleh dapat dengan mudah walaupun di hujung jari kita sahaja...walau apa pun...rasa bersyukur itu perlu ada pada diri kita...

Apa yang perlu di lakukan hanyalah berdoa pada Allah agar ditetapkan pendirian atau beristiqomah dalam segala perbuatan.Terkadang rasa diri ini sangat lemah,namun tidak sekali-kali jatuh hingga tersungkur...

قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Yang Bermaksud : “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

Segala perkara haruslah dilakukan kerana Allah...

.....الجهاد في سبيل الله

Friday 20 May 2011

It's about time to change...!!!


Buat peringatan pada diriku sendiri..



Penyakit mudah tidur dan malas merupakan halangan utama bagi seorang pelajar untuk membaca dan belajar. Pelajar yang berjaya selalunya mengurangkan waktu tidurnya,dia tidak mengalah kepada mengantuk dan malas.



Tips-tips yang boleh mengelakkan seseorang pelajar daripada tidur:



1: Apabila sesorang itu mengantuk dan berasa malas,jangan turutkan perasaan itu,sebaliknya ubahlah ketempat lain atau lakukan aktiviti lain atau mandi atau berborak dengan kawan seketika,selepas itu dia akan cergas semula.Apabila kamu menuruti perasaan kamu untuk tidur maka ia akan menjadi kebiasaan kamu apabila kamu terasa untuk tidur kamu terus tidur. Ini akan merugikan kamu di dalam pembelajaran.

    “ Barangsiapa menguasai nafsunya sekali dia akan mengusai dirinya selama-lamanya”

2: Fikirkan Kamu Adalah Harapan Umat Dan Agama

 Apabila kamu terasa mengatuk dan malas,kamu cuba fikirkan kamu adalah harapan agama dan umat. Cuba bayangkan betapa ruginya agama dan umat apabila kamu tidur. Sebagai seorang pelajar kamu harus sedar bahawa ramai dikalangan umat Islam tidur waktu pertengahan malam atau tidur sampai kesubuh,kalau yang berjaga pun, dia tidak membaca buku.Maka kalau kamu sebagai pelajar pun tidur, maka siapa yang mempertahankan agama dan umat ini,dalam masa yang sama agama dan umat akan lemah dan ketinggalan.



3: Membaca Buku-Buku Kisah Orang Berjaya

 Di antara perkara-perkara yang membantu seseorang pelajar tidak mudah tidur dan malas ialah membaca buku-buku kisah orang yang berjaya. Pembacaan seperti ini penting untuk menanam minat dan semangat untuk mencapai kejayaan di dalam menuntut ilmu.Apabila sesorang pelajar selalu membaca buku-buku kehidupan ulama,dia akan mendapati bahawa kejayaan di dalam menuntut ilmu tidak akan dicapai dengan berehat sebaliknya ia dicapai dengan kepenatan.

    Berkata seorang ulama “ Tidak akan merasai nikmat ilmu mereka yang tida merasai kepenatan di dalam menuntut ilmu”.

Pelajar perlu bezakan di antara kejayaan di dalam peperiksaan dan kejayaan di dalam ilmu. Kejayaan di dalam peperiksaan mungkin kita boleh capai dengan sedikit usaha tetapi ilmu tidak mungkin dicapai melainkan dengan usaha sebab ilmu lautan yang perlu diredah. Dan kebiasaannya orang yang berenang dia merasai kepenatan.



4: Bergaul Dengan Orang-Orang Rajin

 Di antara ubat yang paling mujararab sekali kita bergaul dengan orang rajin, tidak membuang masa kepada perkara –perkara yang sia-sia. Selalu menjaga waktunya. Menunaikan kewajipan sebagai pelajar. Tidak menangguhkan kerja yang boleh disiapkan hari ini kepada hari esok kerana sikap suka menangguh kepada hari esok itu adalah sikap orang-orang lemah.Kata ulama, manusia seperti angin,kalau ia berada ditempat yang wangi,ia akan menjadi wangi,kalau ia berada ditempat yang busuk maka ia akan menjadi busuk. Begitulah manusia. Sebab itulah kata ulama “ Duduklah dengan seseorang,kamu akan jadi sebangsa dengannya”. Maka kita duduk dengan orang rajin insyallah kita akan jadi rajin.



5: Berdoa

 Inilah senjata kita yang paling ampuh dengan kita selalu meminta doa kepada Allah Taala agar dihindari penyakit malas dan mudah tidur bukan pada waktunya. Bacalah doa yang Nabi صلى الله عليه وسلم ajarاللهم أني أعوذ بك من الهم والحزن، وأعوذ بك من العجز والكسل وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجالUlanglah doa ini berkali-kali agar kita menjadi muslim yang rajin dan cergas serta kuat. Orang mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah Taala daripada mukmin yang lemah.



Kata² di atas dipetik dari blog Pemikiran Imam Al-Qardawi



Renung-renungkan..dan selamat beramal^^,


Tuesday 17 May 2011

Perubahan Berlaku


Terdapat dua  perubahan berlaku,yang pertama penurunan berat badan saya di sebabkan saya selalu makan "ikut masa"...seringkali di marahi oleh bonda tercinta kerana makan ikut suka sahaja.huhu...tapi saya tidak membantah,malah apabila menyambung pelajaran,saya dapat merasakan yang berat badan saya mungkin akan semakin berkurangan kerana merindui masakan bonda...Itu hanya andaian sahaja,mungkin juga makanan di Kelantan mampu membuka selera saya di sebabkan kos di sana murah.Maklumlah...bukan menetap bersama ibu bapa lagi selepas ini,merantau dan merantau...menuntut ilmu...
Sila timbang berat badan anda,diharapkan berpada-pada sahaja,bukankah bersederhana itu Allah suka???


Perubahan yang kedua pula,alhamdulillah…semakin bertambah ilmu…insyaAllah apa yang saya pelajari akan saya amalkan,semoga bertambahnya ilmu saya maka bertambahlah iman saya,amin ya Rabb…

Kata kakak saya yang pernah menetap di Kelantan,"Duk kat sana insyaAllah ada barakahnya".Saya semakin tidak sabar mahu terbang ke sana.Bertuah kerana terpilih menjadi "bakal" penduduk di negeri Kelantan.Alhamdulillah...

Monday 16 May 2011

Takut Apabila Ditanya Perihal Agama

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya saya setiap kali ada yang ingin bertanya perihal agama,bukan takut kerana tidak dapat menjawab,tapi takut jika apa yang saya jawabkan itu tak betul dan saya mungkin akan dimurkai Allah.Sedangkan Imam Malik sendiri berpeluh-peluh sebelum menjawab setiap pertanyaan yang diajukan kepadanya,dia nampak seolah-olah neraka ada di hadapannya,dia berkata,seandainya jawapan aku salah,maka aku masuk neraka,sampai macam tu sekali.Itu tandanya iman yang sangat tinggi.Subhanallah...Inikan pula saya yang tidak tahu dan cetek langsung tentang ilmu agama,sudahlah hanya bersekolah biasa,dirasakan tak mampu menjawab setiap soalan yang di ajukan oleh sahabat-sahabat atau adik-adik,namun saya tetap mencari jawapan,adakalanya terjumpa dan adakalanya tidak,memang terkilan setiap kali tidak dapat menjawab setiap soalan yang di ajukan.Namun,saya akan terus mencari jawapan yang sebenar dan mungkin setiap yang ditanya memberi manfaat kepada saya,kerena automatik saya juga akan terus mencari jawapan setiap kali ditanya dan rupanya,Allah mahu menunjukkan jalan bagaimana caranya menuntut ilmu itu...Allah sangat berhikmah...Alhamdulillah...

Allah maha mengetahui apa yang berlaku,semua perkara itu berhikmah



                                           

UNIC - Bicara Tentang Cinta.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - UNIC - Bicara Tentang Cinta.mp3

UNIC - Bicara Tentang Cinta.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - <a href="http://www.4shared.com/audio/8v_ZI4ah/UNIC_-_Bicara_Tentang_Cinta.html" target="_blank">UNIC - Bicara Tentang Cinta.mp3</a>

Sunday 15 May 2011

Saat Diri Mulai Tersedar | Pengenalan diri

Allah sangat penyayang kepada hambaNya,kadang-kadang setiap perkara yang berlaku dapat kita sedari hikmahnya,namun tetap ada yang tidak peduli apa yang terjadi di sekeliling,hanya mendiamkan diri tanpa berusaha sedikitpun,syukurlah diri ini antara manusia yang sentiasa inginkan perubahan untuk terus maju ke hadapan dan yang paling penting ingin mendapatkan keredhaan Allah,bukan mahu riak ataupun sombong lebih-lebih lagi takabbur,tapi hanya ingin menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya.Macam-macam ujian Allah bagi pada kita,sesetengah manusia menyalahkan takdir,terus jatuh tersungkur tanpa bangun kembali...perkara yang paling dibenci adalah putus asa dalam semua perkara,langsung tak fikir setiap yang terjadi ada hikmahnya,sesungguhnya Allah lebih mengetahui.Apabila terasa diri mulai lemah,selalu sahaja ingin mengadu pada yang Esa.Memang dapat merasai kekuatan itu datang kembali setelah mendekatkan diri hanya padaNya.Alhamdulillah,bukan semua manusia dapat merasai kemanisan bercinta dengan Allah,bila mulai bercinta,segala yang pahit sanggup di telan,serupa juga dengan percintaan antara Allah dengan hambaNya,cuma hamba itu yang tidak mahu mencari cinta hakiki,hanyut dibawa cinta manusia yang tidakkan kekal.Apa yang berada difikiran hanya inginkan kebahagiaan duniawi lantas mengabaikan kebahagiaan ukhrawi.Dimanakah diri kita dihadapanNya???

Saya bukanlah pelajar sekolah agama lebih-lebih lagi pelajar tahfiz,namun keluarga saya boleh dikatakan antara keluarga yang sentiasa mementingkan agama,insyaAllah,pergaulan antara saya dan sahabat hanyalah seperti pelajar-pelajar lain,namun saya tetap menjaga keperibadian sebagai pelajar wanita islam,bertudung labuh adalah karekter saya sejak disekolah rendah sehingga ke sekolah menengah dan sampai sekarang masih berkarekter begitu,Namun berpakaian begitu tidaklah menjamin kesolehan seseorang itu tinggi,malah hati ini pernah juga terdetik dan merasa diri ini lebih baik dan terpuji daripada sahabat lain,astaghfirullah...hanya padaMu aku memohon keampunan,ternyata iblis laknatullah itu tidak pernah berhenti menggoda hati manusia.

Hanya saya seorang sahaja yang tidak bersekolah agama didalam keluarga saya,lantas saya tetap cuba untuk mempamerkan ciri-ciri pelajar sekolah agama ke dalam diri di sekolah,seringkali merasa cemburu melihat ahli keluarga lain yang sentiasa dikelilingi ilmu agama,oleh itu,sekali lagi saya cuba mencampakkan sikap-sikap baik ke dalam diri ini yang bisa dilihat dan mungkin akan dicontohi oleh sahabat-sahabat.alhamdulillah,ada seorang sahabat sudah mulai terkesan,jadi saya terus-terusan bersikap begitu walaupun kadangkala diri ini sentiasa saja leka.Kebiasaan seorang remaja yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru turut menarik-narik saya ke arah itu,perkara baru???bunyi yang agak menyeronokkan,seringkali saya tersungkur,namun mujur masih ada sahabat yang sentiasa menemani,ketika itu barulah saya dapat memahami apa itu sahabat...susah senang bersama,bukan hanya ketika senang atau bukan hanya ketika susah sahaja...

Couple...perkataan yang sudah biasa disebut dalam kalangan para remaja,tiada couple???peliknya??itulah dalam fikiran mereka,tetapi diri ini juga pernah terheret sama dalam masalah hati ini,konon-konon ingin mengamalkan couple "islamik",tidak bertemu dan hanya ber"sms",memberi kata-kata semangat.Pada masa yang sama,saya telah mengikuti satu kem motivasi,disitu saya mula menyedari diri ini rupanya telah dipenuhi lumpur dosa,memang cinta tidak bisa ditolak,itu fitrah,namun PERLU lah di kawal,masa masih belum mengizinkan,saya lupa akan zina hati,yang menyebabkan kerinduan kekash kepada kekasih melebihi kerinduan kepada yang lebih berhak,kerinduan kepadaNya.KepadaMu aku memohon keampunan...Mulai pada hari itu,saya mula menjauhkan diri dari si dia,walaupun jarak antara kami sangat-sangatlah jauh,maaf saya nyatakan,saya di Pahang,manakala si dia di Kedah,penghubung kami hanyalah satu,iaitu hanya ber'sms',sekali merasa diri ini semakin lemah,hampir-hampir tersungkur,sehinggalah saya terpaksa menceritakan kepada sahabat-sahabat tentang perkara ini,mereka terkejut...terperanjat...shock dan entah apa lagi difikiran mereka yang tidak dapat saya tafsirkan,mungkin mereka tidak menyangka,saya juga terlibat dalam kes seperti ini.Memang sangat malu kepada mereka,namun dorongan dan kekuatan yang mereka pinjamkan pada saya mampu membuatkan saya bangkit kembali.Bersyukur kerana mempunyai sahabat seperti itu,sejak dari itu,saya mula menyibukkan diri dengan study3...ingin mendekatkan diri kepadaNya,kadang-kadang telefon sentiasa saja berbunyi,memang membingitkan telinga,adakalanya hati menarik-narik untuk melihatnya.Bukan mudah untuk membiasakan diri dengan situasi begitu,agak menyeksakan.Lama-kelamaan,ketenangan menghiasi hidup ini.Alhamdulillah...Hasbiyallah...

Maha Suci Allah,pertemuan kembali di alam siber,Allah telah mempertemukan saya dengan insan-insan yang sentiasa ingin mendekatkan diri pada Allah,membuatkan saya tertarik untuk terus mendekati mereka.Berkenalan dengan hamba-hamba Allah ini,amatlah menenangkan hati ,kata-kata dan semangat ditiupkan ke dalam diri saya,walaupun usianya lebih muda daripada saya,namun pemikirannya sangat matang,ternyata Allah menggantikan sesuatu yang lebih baik untuk saya.Alhamdulillah...